Selagi Ada Rindu - Bab 10



UZMA, you ada nak pergi mana-mana tak pagi ni? Jumpa client atau mana-mana ke?” tanya Airil yang berdiri di muka pintu. Sebelah tangannya masih memegang tombol pintu dan sebelah lagi berada di dalam saku seluar slacknya. Hmm, nampak segak penampilannya yang hanya berseluar slack hitam dan kemeja biru muda. Lengan bajunya dilipat separas siku. Memang kacak. Mempunyai wajah yang bersih dan berkulit agak cerah, ditambah lagi dengan lekuk di dagu, dia memang seorang yang tampan. Butalah mata mana-mana gadis yang tidak perasan akan kehadiran. Dan bohonglah jika tiada gadis-gadis yang melirik ke arahnya walau hanya dengan sebelah mata. Malah ciri-ciri itulah juga yang telah mencairkan hati Uzma sendiri sebenarnya.
“Hmm... rasanya I tak keluar ke mana-mana pagi ni. I nak siapkan reports aje hari ni. Kenapa?” Uzma bertanya balik. Rasa pelik pula bila Airil kelam kabut bertanya begitu. Selalunya, ke mana dia mahu pergi tiada pula lelaki ini bertanya.
“Okey, bagus. I ada discussion dengan projek Taman Mewah team. Mungkin perbincangan       I sampai waktu makan tengah hari nanti baru habis kot. So, kalau you ada nak pergi mana-mana, tunggu I habis perbincangan dulu, okey. Kita pergi sama-sama.” Ketika itu Airil sudah pun duduk di hadapannya. Bertentangan empat mata.
“Eh! Kan I boleh pergi sendiri. Kenapa pulak nak tunggu you. Lagipun, bidang tugas you dengan I, tak sama. Tak payahlah you nak bazirkan masa ikut I. Apalah you ni.”
“Itu betul. Tapi, you dah lupa ke apa yang papa cakap hari tu? I kena pastikan keselamatan you tak kira walau apa pun, ingat? I dah janji dengan papa untuk buat macam tu. Sekarang ni, itu dah jadi tanggungjawab I, you tau tak?”
“Airil, itu cerita tiga bulan lepas, okey. Sekarang ni, semuanya dah selesai. Kita dah bagi apa yang mereka tu nak, kan? So, kenapa yang you bimbang sangat ni? Tak perlulah risaukan Ma. Insya-Allah, Ma okey.”
“Itu cakap you. You jangan lupa. Orang macam tu tak akan berhenti buat perkara macam tu. Benda tu dah sebati dalam diri mereka. Semua tu hanya janji kosong saja. Lagipun ini bukan kes polis. Kita selesaikan hal tu tanpa pengetahuan pihak berkuasa, kan? Tak mustahil kalau they all cari you lagi.”
“You jangan nak takutkan I pulak!” Uzma mula tidak sedap hati. Kata-kata Airil itu benar-benar membuatkan bulu romanya berdiri. Mungkin ada benarnya apa yang Airil cakap. Tiga bulan ini dia masih selamat. Mana tahu seminggu atau sebulan dari sekarang, dia akan diganggu lagi. Pengajaran paling dekat, sampai sekarang ini pun dirinya masih belum bebas dari mereka itu. Ini semua disebabkan oleh sikap ayahnya yang tidak pernah mahu belajar dari kesilapan lalu. Dia yang jadi mangsa keadaan. Oh! Tidak...
Tak! I bagi tahu you apa yang sebenarnya. Orang macam tu tak boleh nak percaya sangat, Ma. Dia orang tak pernah belajar dari apa yang berlaku. Mereka akan lakukan benda yang sama berulang kali selagi belum kena tangkap. You kena ingat semua tu. It’s for your own good sake.
“Takkan sampai macam tu?” Suaranya mendatar. Antara takut dan sebal. Kalau betullah itu terjadi, sejarah lima tahun dulu mungkin akan berulang. Cuma, keadaannya saja yang berbeza.
“Terserahlah apa you fikir. Tapi, disebabkan papa dah letak kepercayaan dia pada I untuk jaga you, I tak akan hampakan dia. Dan you, tolong faham apa yang kami buat ni, semuanya sebab tak nak sesuatu yang buruk jadi pada you. Get it!” Dalam tegas masih ada kelembutan pada setiap kata-katanya. Dia masih murah dengan senyuman.
Uzma hanya mengangguk.
“Okey, I kena pergi dulu. Dah lambat ni. Apa-apa hal nanti kita sambung lepas I habis berbincang. Macam mana?”
“Terserah pada youlah...” balasnya bersama segaris senyum. Tidak seindah selalu tapi cukulah buat membalas senyuman manis Airil.

**********

Masuk juga di akalnya apa yang Airil katakan itu. Buktinya, bukan sekali ini dia menerima ugutan. Lima tahun lalu, dia juga melalui benda yang sama. Lebih teruk lagi sampai terpaksa melakukan sesuatu di luar kemahuannya. Melukakan hati insan tersayang juga. Ini semua kerana ayahnya. Ayahnya yang tak penah mahu sedar dari kesilapan lalu. Macam orang yang mengugutnya juga. Kalau bukan kerana ayahnya, dia tak akan berada dalam kelompok keluarga Airil secepat ini. Dia terpaksa melupakan cita-cita dan cintanya demi menyelamatkan nyawa sang ayah. Ah! berbaloikah pengorbanannya ini? Berkorban kasih, berkorban cinta demi seorang lelaki bergelar ayah. Berbaloikah?

0 comments:

Post a Comment